Thursday, December 29, 2011

Setahun Utara Selatan-Pemandu Bas

Hampir setahun berulang alik dari kajang/KL ke Changlun...Perjalanan biasanya mengambil

masa dari tengah malam hingga ke subuh.Tengah hari hingga ke maghrib.Malangnya hampir

semua pemandu bas yang mengerjakan solat.Nak dikatakan jamak, subuh tidak boleh

dijamakkan.

Kalau bertolak dari sebelum zuhur sampai ke destinasi telah masuk waktu maghrib. Berhenti

hanya untuk membuang air.Pada penumpang yang hendak bersolat, waktu inilah digunakan.

Kebanyakan penumpang mungkin hanya solat menghormati waktu (perlu diqada).

Alangkah baiknya jika pemandu bas bukan sahaja mengejar trip, tetapi juga mengutamakan

tuntutan Ilahi.

Monday, December 21, 2009

Kembali semula...

dah lam adah tak menulis kat blog ni...

ye la selepas kursus... byk kerja dah menanti ...

Hari ni barulah boleh bernafas sedikit...

tapi idea tak de nak tulis apa...

mungkin dalam sehari dua lagi... baru dapat idea kot...

Tuesday, October 13, 2009

Kursus Vs Pening

Kursus...kursus...kursus...
Dari 6 Oktober hingga 13 Nov ni saya berkursus di Intan Bukit Kiara....Lama tu 6 minggu...
Makin berkursus ...makin pening jadinya... jadi tak sempat la berblog....tapi ada masa sikit ni sempat la juga pos sikit-sikit....

Monday, October 5, 2009

Kitar semula...


Pilihanraya kecil (PRK) kini kembali...sekerap jualan murah oleh gedung membeli belah... kalau tak silap ni dah PRK ke 9...tapi yang saya nak tulis ni ada kaitan ngan kempen kitar semula...kalau kat negara maju macam Jepun kitar semula ni dah jadi satu tabiat orang-orang kat sana...Contohnya budak-budak tadika akan membasuh kotak-kotak minuman mereka lepas tu dikumpulkan satu tempat untuk dikitar semula...Lagi satu kat mana-mana pun akan ada 3 jenis tong sampah.Plastik.Kaca . Kertas. Kat Malaysia nak cari tempat kitar semula pun susah...Ini mungkin salah satu sebab kita malas nak kitar semula...

Baru baru-baru ni kempen ni kembali lagi dengan hebatnya tapi dalam bentuk yang lain...Tapi bukan sampah yang dikitar semula ...tapi manusia yang dikitar semula...berlaku di sebuah kawasan "Timbang"...macam la dah takde orang lain yang lebih layak...fikirkan lah...

Friday, October 2, 2009

Sate-sate Raya...


Kali ni nak cerita kisah yang terjadi disebuah jabatan yang sudah tua tapi tak berubah2...Jabatan ni mengadakan rumah terbuka hari raya...maka dijemputlah sekelian staf dan pihak-pihak lain yang berkaitan....tapi yang peliknya bila bab jamuan ada pulak diskriminasi antara golongan marhaen ngan golongan kat awan...dah la tu....jamuan untuk golongan marhaen tak menarik....tak cukup pulak tu....Patutnya bila hari raya semua dapat yang sama la...benda ni menyebabkan terdapat golongan yang marhaen merungut...Nampaknya isu ni jadi hangat...Golongan kat awan tu ada ke kata golongan marhaen tak boleh bagi benda kat gambar atas tu nanti berebut....Benda kalau tak cukup mmg la berebut...kalau cukup takdenya berebut...
maka diberinya golongan marhaen makan benda kat bawah ni...tak cukup pulak tu...

Wednesday, September 30, 2009

wahabi....

'Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah' Oleh: Ghafani Awang Teh (JAKIM)

Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.

Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.

Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.

Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.

Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.

Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah.

Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh.

Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.

. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).

. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.

. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).

. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.

. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.

. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.

. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.

Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.

. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.

. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.

. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.

. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.

. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.

. Amalan tariqah dilarang sama sekali.

. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.

Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia.

Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada.

Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.

Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.

Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.


Tarikh : 23 Disember 2006
Sumber : Pengarah Bahagian ILIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 10311

Saya bukan wahabi...:Dr Asri

sekarang ni banyak orang bercakap tentang Wahabi...tapi yang bercakap tu memang benar2 tahu ke tidak aku pun tak tahu...harap-harap orang yang bercakap tu memang benar-benar ahli la.. bukan seperti kakaktua yang boleh bercakap tapi tak paham apa yang dicakapkan...

http://www.malaysiakini.com/news/113886

Man U...Dah kat atas



Minggu ni Man U dah mula menunjukkan taringnya... Terima kasih team lain...Walaupun Ronaldo dah takde Man U tetap akan jadi juara...

hari pertama..Selamat datang...



hari ni hari pertama aku aku sbg blogger...tak tau la berapa lama blog ni akan bertahan...tengok orang buat blog kita pun buat blog...tapi blog orang lain sentiasa update...blog ni tak tahu lagi... harap-harap jangan hangat-hangat tahi ayam la...